03 June 2009

KHIDMAT NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Aku, seorang insam
dilahirkan di tanah air, Malaysia
dikelek, dididik diasuh
penuh dengan kasih sayang dan tanggungjawab
moga menjadi generasi berjasa dan berjaya

Aku, anak Malaysia
sebuah Negara berbilang kaum yang aman dan harmoni,
ada melayu, cina, India dan pelbagai bangsa lain
punyai ciri, watak dan budaya tersendiri,
betapa uniknya rakyat Negara bertuah ini.

Aku, pelatih khidmat Negara,
aku datang dari setiap ceruk Malaysia,
berkumpul, berhimpun,
meninggalkan keluarga tercinta,
demi merealisasikan impian Negara,
membentuk generasi berguna kepada agama, bangsa dan Negara

aku hadir di sini, kerna aku insan terpilih
menabur bakti demi bumi tercinta
kedaulatan, kemakmuran dan keharmonian
yang selama ini dibina nenek moyang kita
perlu dipertahankan semoga kekal selamanya,
agar generasi selepas ini
kecapi nikmat yang tiada taranya

kini, usiamu semakin meningkat,
ayuh rakan-rakanku,
perjuanganmu di sini baru bermula,
marilah sama-sama kita memberikan komitmen yang tinggi
agar misi kita berjaya
Satu semangat
Satu hasrat
Satu tekad,
KHIDMAT NEGARA, Tanggungjawab bersama.

Qiuzandria Shamizan
27/12/2004
Kem Bakau Resort

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sebab tersalah post karya yang 1st dulu, actually, ini lah yang merupakan karya pertama hasil tulisan saya. Saya pun ingat-ingat lupa tentang bila sebenarnya sajak ini tercipta. Yang saya ingat, saya diberikan penghormatan oleh Pengarah Kem Bakau Resort untuk mendeklamasikan sajak ini di Majlis Tamat Kursus bagi PLKN Kumpulan 1 Siri 2 Tahun 2005. Sebab itulah saya ingatkan sajak ini yang terakhir dicipta sewaktu di kem, selepas saya check semula, rupanya inilah hasil karya saya yang pertama. Selamat Membaca kepada semua.

LILY SYABILLA, HADIAH HARI JADIMU


Wanita, apalah yang ada padamu,
Lelaki diciptakan khas untuk dirimu,
Istimewanya kamu dengan sifat-sifatmu,
Lemah lembut, kesopanan
Yang ada padamu adalah sifat semulajadi, anugerah ilahi

Wanita, yang teristimewa
Semakin hari kamu semakin matang
Yakinlah kamu pada keupayaan dirimu
Anggaplah dirimu yang terhebat antara yang lain
Bila kau tersenyum riang
Insan lain juga turut gembira melihat dirimu,
Lihatlah betapa hebatnya dirimu
Lihatlah betapa kuatnya pengaruhmu,
Aspirasimu pasti menjadi kenyataan

Qiuzandria Shamizan

03/01/2005

Kem PLKN Kerteh

Merupakan karya kedua saya di Kem PLKN.

Selamat Membaca...,


AKU MASIH DI SINI KESEORANGAN

Aku masih di sini keseorangan,
menanti, mencari, membawa diri,
dimanakah harusku pergi,
ke mana langkah kaki ini,
harus kuteruskan jua,
agar kebahagiaan terus kekal dalam diri

aku masih di sini, keseorangan,
mengapa aku harus begini,
mengapa harusku pendamkan lagi hasrat hati ini,
bukan salahmu, sayang,
aku yang tidak tahu, bagaimana harusku luahkannya,
aku takut kau tidak dapat menerimaku.

aku masih di sini, keseorangan,
setiap detik, saat dan masa berlalu,
tak ku jemu memandang wajahmu,
biarpun kau jauh di sana,
biarpun kau tiada di depanku,
keayuan wajahmu terus kekal dalam dirimu,
matamu yang galak,
hidungmu yang mancung,
kulitmu putih dan gebu,
membuatkan hati ini berdegup setiap saat memandangmu

aku masih di sini, keseorangan,
penantian suatu siksa yang menyakitkan,
adakah aku telah ditakdirkan sebegini,
bercinta dan berpisah, seakan menjadi lumrah hidupku,
aku ingin mendampingimu, tapi ku takut,
kadangkala pula ku rasa malu bertentang mata denganmu.

aku masih di sini, keseorangan,
aku cemburu, iri hati, marah,
bila ku lihat kau bersama insan lain, 
aku sedar akan kelemahanku,
dan aku sedar segala kekuatan yang ada pada diriku,
tapi apalah guna kekuatanku dan kelemahanku,
jika kau tidak dapat menerima diriku

aku masih di sini, keseorangan
Setiap kali ku melihat kau tersenyum, aku turut tersenyum gembira,
hanya insan yang pandai menilai dapat ketahuinya,
yang istimewa padaku hanyalah kamu,
diriku ini tidak akan keseorangan lagi
andai kau terima cintaku ini

Qiuzandria Shamizan
01/01/2005
Kem PLKN Bakau Resort

Merupakan karya pertama saya semenjak memasuki bidang penulisan sajak. Sebelum ini saya hanya aktif bersajak dan membacakan hasil-hasil karya Penulis terkenal dan Sajak ciptaan guru saya di sekolah.

Tanggal pada tarikh ini, ketika saya berada  di Kem Bakau Resort, Kerteh, Terengganu sebagai pelatih Wira PLKN, saya telah menghasilkan karya ini. Seakan satu azam baru kepada saya sebagai seorang penulis. Angin bayu tepi pantai membantu pena di tangan mencipta sajak ini.

Selamat Berkarya...,

Blog nie diwujudkan utk mempersembahkan semua hasil karya sajak yang telah saya hasilkan sepanjang hayat saya di muka bumi ini.
Hak Cipta bagi semua karya adalah terpelihara atas nama Hamizi bin Mahpop.
Sekian...,